Wednesday, November 25, 2009

busy body

Hari tu terdengar Dato' Dr Fadzilah Kamsah bercerita pasal BUSY BODY.

Dato' ckp busy body ni adalah terms yg dicipta oleh org barat.

Dlm Islam takde istilah "busy body"...



Skrg ni ramai org kata jgn busy body...

Tp hakikatnya kita perlu jadi busy body.

Sbb adalah wajib utk kita menegur setiap perkara yg salah/dosa lagi2 yg berlaku didepan mata kita.

Adalah berdosa kalau kita nampak dan kita berdiam diri.

Tetapi, sebagai manusia, lebih2 lagi umat Islam, dan lagi org yg berpendidikan, kita perlu menegur dgn cara yg betul, dan berhemah.



Dulu aku tak suka busy body.

Aku rasa malas nak ambil pot hal org lain sbb aku sendiri pun byk buat silap and hal aku sendiri pun ada byk nak kena settle.

Aku selalu marah my other half sbb dia suka kepoci bila nampak ada un usual car yg parking dekat parking lot jiran2 kitorg , or suka nak check if ada unusual faces yg berlegar2 kat lift lobby block kitorg... dia sampai tertoleh2 tgk or sometimes stare kat org2 tu...

Aku betul2 tak suka, sbb for me it is rude to stare at ppl esp when u dont know them.

Wpun my darling hubby ckp, he did that sbb dia nak tau siapa org2 tu, mana lah tau tu perampok ke...

aku tanya plak..."abes kalau org tu bukan muka perampok pastu stare balik kat u, u suka tak...?"

dia jwp "i ok je, i angkat je tgn kat dia say hello..."

nampak sgt busy body kan??? and aku mcm rasa jawapan dia tak strong enough and aku tetap tak agree, sbb aku tak suka busy body.



But after dgr cerita Dato' tu, aku baru faham. We need to be busy body... sbb sbg org Islam kita ada kewajipan utk saling ingat mengingati and what my husband did bukan busy body sebenarnya...


so I guess, anjakan paradigma ttg perkara ni perlu dilakukan.

Aku perlu busy body... kerana aku sygkan org disekeliling aku and must do it in the best and proper way...

Friday, November 6, 2009

life is short

Slalu je dgr ayat "dunia ni pinjaman semata2" tp tak pernah nak faham btol2.
but lately, cerita2 yg kwn2 frwd kat email, seems to touch my heart deeply.
cerita pasal kehilangan org2 yg tersayang.
takut kan?
but Allah dah pesan, yg apa yg kita ada ni bukan milik kita...diri kita ni pun bukan milik kita.
kita hanya di beri amanah utk amar ma'ruf nahi mungkar di muka bumi milik Allah ni.
Allah pinjamkan segala2nya...
harap2 aku dpt jaga amanah yg Allah bg.
First, jaga hati baik2... sbb hati tu punca segala amalan...hati punca segala tindak tanduk.
susah mendidik hati ni.
sgt susah.
tgh berusaha keras.
Semoga Allah permudahkan. Amin.

Tuesday, October 20, 2009

lagu...

Pagi ni, masa gi basuh tumbler kat pantry, kak Zara on radio, terdengar lagu Hafiz-Masih Jelas. Bukan 1st time dengar, dah beratus2 kali kot, but pagi ni baru dapat dgr chorus dia betul2. Menarik....simple but so meaningful... wonder, siapakah penulis lyric dia? chorus dia best...

Terus yahoo lyrics dia... ooooo lagu utk org frust... berpisah dgn org yg dia paling syg. Aku pernah lah frust dlm relationships... mmg impactnya besar dlm life aku ni, tp takde lah aku teringat2 kat past life aku, or kat org2 tertentu... takde nak teringat sbb rindu ke (mcm lyrics lagu ni)... nak teringat sbb menyampah pun dah takde... past is past... for me apa yg jadi dah qada' dan qadar, dan aku kena learn dr setiap yg dah berlaku tu.

Life goes on, dan aku sangat2 bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang, kehidupan yg sungguh bahagia dan lengkap utk aku.

However, tats my story, tp for those yg Allah uji, berpisah dgn org tersayang bukan dengan kerelaan, mesti syahdu bila dengar lagu Hafiz ni...
Jom nyanyi sama2...

Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi
Penjara.. hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda, yang dilanda
Kehilangan..

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku
Ratib sendu..Ratib sendu bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranaku keranamu dipisahkan
Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat masih ada
Kau bertakhta di hatiku

Wednesday, October 7, 2009

Welcoming Humairah To Our Life








Dah lama tak update blog ni. Dah jadi IBU pun... hari ni aku nak tulis (or type sebenarye...) experience saat2 nak lahirkan Humairah. Supaya menda tu tak hilang trus dlm kesibukan aku going through life ni. I guess kalau tak tulis kat sini, lama2 aku akan lupa mcm tu je…lgpun, if one day Humairah dah anak dara, dia nak tau how she get into the world, at least aku bole suruh dia refer to this blog… (btw, Humairah anak ibu… if u are reading this, brape pun umur Humairah skrg, atau siapa pun Humairah skrg… I want you to know, that I love you so much, ibu sayang Humairah, sayang sangat Humairah, tau!)

My Expected Due Date (EDD) was 22nd June 2009… tapi on 17th I was advised by my gynea, Dr Rahman, to see him…bila aku call bgtau hidung aku berdarah lagi, and kepala aku start pening2… bila dia check BP, smua Alhamdulillah normal…but bila dia scan, he told me air ketuban aku sikit.. so, on Friday 19th, dia nak induced aku. Wahhhh sgt panic…wpun pada masa ketika dan saat itu aku sebenarnya tak sabar2 nak beranak sbb dah tak larat nak tanggung sakit kat tempat2 tertentu…kalau bole recall masa tu, betapa aku terkangkang2 berjalan sebijik mcm Teletubbies…mmg sakit…kepala Humairah dah engaged about 2-3 weeks before EDD…mmg harus lah terkangkang2…dgn kaki dah bengkak sampai jari kaki semua sama je besar…hehhehe sampai Nur panggil aku “pisang kaki”…citttt!!!

Balik dr hospital aku makesure things are ready…and aku readykan diri aku. Aku serahkan diri dan segala kebarangkalian hanya pada Allah. Aku bangun tgh mlm solat hajat meminta agar segalanya Dia permudahkan utk aku dan Humairah, jika itu yg terbaik buat kami. Kebetulan, my BFF, mommy yatie yg juga pregnant dan EDD nye sepatutnye 26th June telah juga di advise oleh Dr Siti utk operate on 19th juga…wahhhh kami sama2 excited sbb anak kami akan lahir pd hari yg sama, dan of cozzz kami dah berangan nak buat bday party diorg nanti kat pool site…bole??? Masa tu anak blom pun lahir lg dah plan bday party…kekekke…

It was 19th June, Friday…mlm sblm tu confirm tak leh tido…doc suruh minum milo je pagi tu…then at 7am aku dah sampai kt Admission Tawakal. 7:30am kat Labour Room, dah dimasukkan ubat induced tu. sampai tgh hari aku tak sakit sket pun wpun ada contraction yg jarang2…perut dah makin lapar…kepala dah start pening…Humairah dah tendang2 mcm biasa bila lapar. DH setia je menunggu kat sblh dlm Labour Room (LR)… Mommy kat LR sblh, masuk lambat sket…tunggu doc dtg check and to confirm what time dia bole operate. Kitorg saling lawat melawat… around 12:30pm doc dtg visit, and check..tak dilate pun…1cm je pun…so doc suruh aku mkn je…apa lg cargas aku minta DH pegi beli roti canai and lepat pisang Haslam…plus nasi hospital…then at 2:30pm nurse dtg, to induce aku lg skali…penat aku tunggu… tak juga rasa sakit… mommy dah masuk OT at 4pm…aku tak sakit2…SMS and phone calls dr parents, fmly members and friends tak putus2 coming in…aku tak nak diganggu…DH je yg jwb. At 7pm, mama and abah sampai fr Bahau…mama masuk LR, and amik air Zam2 and baca doa …then suruh aku minum…then slowly aku rasa sakit…barulah excited…mommy dah selamat lahirkan Arissa da…

Agung nya Allah…dgn doa dan usaha mama baru aku start rasa sakit…sedih and tersentuh sgt masa tu…bila dah masuk 10pm, rasa sakit contraction dah makin kuat tp aku masa boleh tahan lagi… sakit giler…Allah je yg tahu…DH masih setia kat sblh walaupun dia dah tersengguk2…aku diam je…mulut asyik baca ayat2 yg dh di ajar oleh ramai org yg care sambil menahan sakit..dan sesungguh nye waktu tu hati ni dah berserah je pd Allah…saat contraction semakin kuat aku sampai nak menangis smbil mengadu kat DH…mengalir airmata aku bgtau DH yg aku dlm kesakitan… aku rasa advise dr DH ni yg aku ingat dan membantu aku teruskan perjuangan aku masa tu…dia ckp…”syg u jgn nangis, istighfar je byk2 ok…jgn nangis sbb kalau u nangis nanti u akan jd lemah.” Terus aku tahan tak jadi nangis, and it helped me a lot. Aku rasa kalau aku nangis, confirm aku jadi lembik automatically.
Aku panggil midwife yg tgh duty, minta any drug yg bole reduce sakit aku tu…dia inject painkiller, less than a minute aku high…hehehehe…best je layan kepala…masa tu masih boleh layan ngantuk…aku tertido dlm high, before aku tido, aku suruh DH pegi balik ward yg kitorg baru dpt…kesian dia letih, aku bole lah layan sakit, dia nak layan apa..dah la ngantuk, duduk je atas kerusi keras dr td, better dia tido dlm bilik…lebih kurang 1 hr later aku terjaga sbb di hit oleh contractions yg amat2 kuat…OMG tak bole nak describe sakit tu, tp memang SAKIT lah!!! Fr 12am to 3am aku try tahan sorang2. Memang tak tahan, I started bleeding… bila midwife check, aku dah dilate 3cm… sakitnye Ya Rabbi…baru 3cm … dah pukul 4 masa tu, aku tgk kaki aku yg bengkak tu dah kecut…sgt pelik…then aku rasa panas sgt, berpeluh2, wpun masa tu dah pasang aircond, aku suruh midwife pasang kipas lg…bleeding pun dah byk… at 4pm aku dah tak tahan aku suruh midwife call DH… masa DH dtg teman aku, aku dh tk pedulikan dia, infact spjg mlm tu, aku tak berckp pun dgn dia, mulut aku asyik istighfar je…pastu adalah skali dua aku minta air dr dia, tekak aku rasa kering sgt…. sakitnya tak pernah aku rasa... So aku minta midwife bg painkiller lg…tp dia kata sepatutnye tak bole, nanti OD…dia suruh aku sedut gas je. I tried but it didn’t work. So aku paksa midwife tu bg aku painkiller gak, so dia bg…tp malangnye tak membantu pun… sakit makin menjadi2 but aku rasa kpala aku lemau semacam… at 5 aku dah start rasa nak meneran…midwife ckp tahan dulu…sbb doc kt umah, dia baru call, doc dtg lepas dia solat subuh…aku try tahan, susah sgt rasanye. Humairah plak menendang2 lg lah rasa nak meneran…adoiiiii…mmg dah tak tahan
Bayangkan lah dr kol 5 smpai kol 7 aku mmg dah tk tertahan2 dah… bila doc dtg dia check…dia ckp baru 8cm…bila aku kata aku tak tahan dah, nak teran je time tu, dia kata, lambat lg, lagi2 1st baby, nak tunggu lg 2 cm tu confirm lg 2 jam…aku mmg tk larat rasanye nk tunggu dua jam lg…aku ckp kt midwife plak…”kak sy mmg dh tak tahan, sy nak teran jugak…” nasib baik lah kakak tu check, and trus dia panggil doc…and masa tu baru lah kelam kabut smua org pakai apron and cabut kan katil and etc…yg aku ingat aku bole sempat remind DH utk record d moment tp doc kata tak bole, tunggu bila dah selesai nanti…DH pegang/support bahu & kepala aku, aku pegang peha sendiri… n nasib baik aku teringat apa yg aku baca pasal push2 ni... buku tu ckp- u need to push whenever the contraction hits…and of coz DH, doc and midwife sgt membantu memberi semangat…alhamdulillah 3 kali push je Humairah selamat lahir…and disbbkan aku tak sabar2 nak push, agak lama lah doc menjahit luka aku, lebih lama dr aku push…huhuhu…












Lepas aku push and Humairah di bersihkan, doc bg Humairah kt aku, dia suruh tgk laki ke pompuan, disbbkan aku mmg dh tau baby aku girl, and aku sgt kepenatan dan masih dgn keadaan high, aku mcm malas nk tgk just ckp…”haaa girl..girl..”…tp tiba2 hati rasa bersalah…terus aku kata jap, then aku tgk lah genital area baby, and I swear, I saw a bird…(because I was damn high…sbb painkiller d 2nd jab)…then aku ckp…”eh! Boy!!!” abis semua org dkt situ terkejut…and tgk balik baby aku…hehehe…pastu aku kena marah suruh tgk betul2…”then aku pun check balik and said…”eh!!! Girl…girl…hehehhehe” siap ketawa lg…. kelakar btol…and tat was recorded, and nanti humairah boleh tgk balik betapa kecoh nye ibu dia ni sbnrnye…

Selepas selesai dijahit hidup2, sbb doc tak boleh bius lg kt tmpat dia nak jahit tu, (dia suruh sedut gas je…sakit nak mampus), midwife bagi humairah kt aku utk aku breastfeed… dia dah bersih dlm kain bedung hospital, and abah dia dah qamat and bg kurma n air zam2 sket…tat was a moment yg aku takkan lupakan…I can still recall her face masa tu…dia pandang aku dgn dahi berkerut2…I kissed her all over her face…and breastfed her…amazing…it was her 1st time and me too tp, dua2 mcm dah biasa je…she was the most beautiful baby I ever seen…I cried… aku baca doa yg uncle ajar…supaya humairah dipelihara Allah dr kejahatan dilangit dan dibumi…dan doa2 aku yg lain utk Humairah. Aku panjatkan syukur tak terhingga pd yg Agung…dgn kurniaan yg Diberikan wpun aku selalu lalai dan engkar…Dia tetap sayangkan aku wpun aku selalu lupa…Dia memberi segala2nya pd aku…
Masa tu moment yg sgt touching… masa tu aku rasa aku sgt kecil… kerana Dia sgt Agung…
So Humairah was born 20th June 2009 at 7:30am, at Tawakal Specialist Hospital KL. She was 3.08kg at birth. Tak sangka, coz at 8mth pregnancy she was still underweight, 1.8kg. as advised by doc, aku pulun mkn coklat…wpun tak lalu sgt, DH asyik membeli Snickers and paksa aku makan. Then every meal aku sulam dgn teh tarik /teh ais… masa 9 mths baby was at 2.3kg…lega sikit…tp sangat tak sangka bila at birth she was 3.08kg. Apa2 pun Alhamdulillah, dia selamat…sempurna di mata aku. Masa lahir kuku Humairah dah pjg…then jari tgn dan kaki dia sangat kering, merekah2…and ada rashes kat muka and kepala dia….aku panic juga, tp doc said itu semua biasa. Humairah lahir rambut tak lebat sgt…lurus…ikut abah lah…kening ikut ibu, dahi yg kuat berkerut tu ikut ibu…boleh dikatakan raut wajah Humairah byk mcm ibu. Tp org kata baby ni cpt berubah2…maybe dah besar sikit humairah akan byk ikut rupa abah pula…tatau la..
Masa di hospital dia sgt baik…suara tak dengar langsung…takde pun jerit nangis2. Masa tu Arissa (anak Mommy) yg kuat nangis. Because she was jaundice, and Alhamdulillah Humairah tak…wpun ada nampak sikit2 kuning. Cuma Humairah terlalu senyap sampai nurses semua risau dia hypo sbb dia tanak minum susu sgt…and tak pula menangis…
Aku mmg plan to exclusively breastfeed, tp since dia hypo, doc advised bagi sikit dia susu formula to make sure kita tau how many oz dia dah minum…so bg je lah wpun dia tanak…
We were at the hospital for 3days sblm balik ke rumah… sampai je rumah, Humairah dah start menjerit… nak mandi je jerit, lapar je jerit… tp alhamdulillah ibu and abah can handle you dgn pertolongan Mama…
I was in pain for the 1st 2 weeks sbb aku kena flu…asyik bersin and batuk kuat…kan luka beranak aku agak byk…so bila asyik bersin, one of the stitch tertarik and itu sgt pedih… aku pegi semula hospital jumpa doc, and doc gave me antibiotic cream utk cpt sembuh kan luka… merana lah juga time tu… sakit sgt…
Tp bila tgk muka Humairah, aku jadi kuat… Humairah pun tk brape sihat masa tu…dia berjangkit flu…hidung blocked…2nd day di rumah, I hv to bring her back to hospital…jumpa her pediatrician Dr Zarin… kesian juga tgk dia esp at night…aku siap nangis2 lg tgk dia tk bole tido…kesian…baby sgt lagi nak sakit2 semua…
Itulah experience aku…melahirkan Humairah. Adreen Humairah Binti Azman. Bila Humairah lahir, semuanya berubah. Life aku makin bermakna…ada lebih reason utk hidup, utk memperbaiki kelemahan dan utk buat lebih byk kebaikan. Harapan aku sama mcm ibu2 yg lain…nak yg terbaik utk Humairah… Amin.







Monday, April 20, 2009

10 (or more) things about U...


This little piece is dedicated to my love, my darling Hubby... Azman Mohd Ariff....
Baby, you....



1- are a so very highly effective Salesman ... no doubt this special skill makes u the best among the best in town, but sorry... it doesnt work on me.... I know each time when u tried to kelentong me, saying u r on the way to pick me up...whereas sbnrnye baru nak turun lift ofc u tu....



2- are a loyal, caring and loving Virgo. U love me and I know it is pure.... u give me super extra attention and care... macam bidadari, and I appreciate tat so very much wpun slalunya I dont express them like you always did.



3- are very particular on your appearance. U want to look best at each second, termasuk masa nak tido. I like that but there were times when I don't...everytime u take so long to get ready... lepas solat subuh I saw u in front of the mirror put on ur hair wax, I pegi bilik blkg iron baju... done with all the baju, masuk bilik I saw u still doing ur hair, now pakai hairdryer I pulak, I purposely berdiri sebelah and minta the hairdryer to do my hair... U get dress... kalau baju tu I iron tak betul u akan pegi iron lagi skali. Then myself dah ready dressed up, I kemas katil, and again u berdiri dpn mirror sambil betul2kan rambut u, I siap kemas katil... u masih lagi dpn cermin... dan bermulalah ceramah subuh I, dr Kelana Jaya sampai Menara Celcom....sorry sayang, sometimes I tot u purposely want me to give tat ceramah subuh...



4- are very patient. U adalah diantara few people yg I pernah jumpa yg sgt penyabar. I respect u for tat. U balance me a lot coz I am a worrier, sgt tidak penyabar dan I would say menggelabah. U sgt cool at most of the times, which I personally think it would harm you in some circumstances. U claim, ppl like you lead a healthier life... sbb tak membesar2kan benda yg remeh. In a way, it is very true... tp ada masa2nya I rasa u ignorant pada benda2 yg important... hmmmmm but anyway, I've learnt, semua org ada cara masing2, once we decide to love and live with another human being, we have to tolerate. Memang rasanya u look young (awet muda) sbb sikap 'cool' u tu...nampaknye I lah yg akan nampak tua sblm usia...tak kisah lah...janji u byr supply Amway nutrilite multivitamins every month.



5- are a Manchester United Die Hard Fan. What more can I say... U put so much effort -to set the alarm at 4:30am to watch the games... text few friends to wake them up, watching the games alone while makan kacang cap tgn favorite u tu... and the next morning I love waking u up asking the result...kalau menang, cepatlah u bangun.. seronoklah u bercerita...kalau MU kalah, u tutup muka u dgn bantal...then reject semua phone call dr kawan2 u yg call to kutuk MU.... :D



6- used to ring me up 1000 times a day at my office and that makes my office extension is the busiest phone among all- mengalahkan customer service. If there's no answer you will dial my mobile no.1, then if still no answer, here go my mobile no.2. We had a big arguement on this, I can still remember... I marah sgt becoz there was 1 day, I had a serious discussion with my colleagues, at my place. My extension rang, I knew its you... I didn't answer, coz the discussion was much more important. U tried for 3 times. Then u call my mobile 1 then mobile 2. That was so annoying. Since then, after the big war, kita buat syarat. If any of us dont answer a call, just SMS. And the other party need to reply the SMS a.s.a.p. If any of us call, and the other party answer but can't talk long, the other party must respect the request, and that person need to call back once he/she is free. Alhamdulillah, so far so good...wpun ada masa you wanted to apply your salesman skill, yg tak paham2 org tgh busy...nak cuba juga continue the conversation...

7- love acknowledgement. Biasalah... a true Virgo. Kalau u puji I, mesti lepas tu u sambung...."macam I..."

8- suka sambal udang... and apa2 saja sambal. Tp masalahnye, sambal lah yg paling I tak reti masak. Takpe, now you dah start suka asam pedas... and I hope one day I can cook the best sambal for you...

9- tak suka bila weekend U tak boleh sambung tido lepas Subuh... so sorry sayang... I am a morning person, and I love waking up early morning to watch the sunrise, tgk langit merah kat belakang Giant tu fr our balcony...or to have bfast dgn mak and ayah... semua tu best to do with you... tapi lately ni, bila dah masuk 8 bulan ni, I need to sleep more, or else I'll be tired the whole day... and I know, inilah masa yg u paling suka... u boleh sambung tido dgn aman damai lepas subuh....:D

10- ringan tulang. U sentiasa ada untuk bantu I dgn house chores. I memang sgt beruntung... sbb I tahu tak ramai lelaki yg rajin mcm U... U memang mcm Ayah u....

Ada byk lagi I can write about you...let this be the Version #1.
To my sayang, you are the best thing ever happened to me. Love you sooooooooooooooooooooooooo muccchhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Thursday, April 2, 2009

Degil

Since last I blog, there were so many important things happened in between.
It’s Friday… April 3rd 09. Am retrieving my office mails fr my dad’s streamyx… (laju sket nak compare to my Broadband… sbb kat Bahau ni takde 3G. Edge connection pun intermittence).
I am on MC for a week since Monday. Kenape? Ok lah, at last I have to admit the truth that I am stubborn. Sebenarnya all this while aku mmg aware yg aku mmg mcm smua org bg tahu dr kecik…DEGIL… but biasalah… in denial…hehehe. Reason yg aku pegang is always- if in cases yg aku degil tu, just because aku confident yg apa yg aku buat tu tak akan menyusahkan anyone else (but me), and kalau aku dpt susahpun, I can deal with it tanpa menyusahkan sesapa…hehehe.
Back to the story – knapa aku dpt MC seminggu…
Punca nye aku bleeding…to make it more dramatic; it happened in Bandung…BOLEH? Trip to Bandung; aku yg plan… Bila dah masuk 2nd trimester, aku rasa sgt bertenaga… and aku start fikir; bila aku deliver nanti, aku dah tak bole nak travel mcm selalu…at least till the baby dah besar sket…kalau nak travel jugak mmg lah boleh, tp it wont be as same as NOW; so free and easy.
So, aku plan dua trips for me and hubby… memula Langkawi, then Bandung. For Bandung we invited family sebelah hubby yg minat nak join…the more the merrier.
10th to 12th Mar me and hubby went to Langkawi. Kita plan for a trip yg mmg utk REST & RELAX. Yelah, since honeymoon in Phuket we were so busy with work and fmly…mana ada amik cuti to rest. Cuti pun mmg busy dgn weddings and fmly gaths. Kalau tak, balik KJ berkemas rumah je lah. So we checked in Berjaya Langkawi. My baby was so kind to treat me with great food and good car. Memang aku plan nak rest, but biasalah, for me satu jam duduk diam tak buat apa2 pun dah cukup membosan kan…so plan ‘rest and relax’ telah bertukar menjadi ‘shopping’…hahaha…My darling hubby dah start bising sbb aku tukar plan…I shouldn’t be shopping…tp biasalah, DEGIL.
Started dr situ lah aku rasa puncanye aku bleeding.
As doctor said, aku tak cukup rest. Mana tak nya, I keep pushing my limits…dr pagi keluar shopping, kaki dah bengkak2 and rasa nak putus tp aku rasa aku larat lagi nak jln… aku keep jln…
Balik dr Langkawi, we have a mission to complete. Beli brg2 baby… so two consequent weekends kita sibuk jln dr pg sampai mlm @ IKEA, d Curve, OU and Jln Kuchai Lama utk cari every baby stuffs in my list. Everytime balik dr shopping, mcm tak tahu penat, I will continue dgn berkemas rumah... aku ni bukan lah org yg rajin, tp sejak pregnant ni jadi rajin semacam je...hopefully my lil baby dlm perut ni akan sama rajin mcm ibu dia nanti. My darling hubby dah bising suruh aku rest, tp aku buat2 tak dgr je...The target was to buy and settle everything before I depart to Bandung… so lepas balik dr Bandung I can sit quietly and focus to my work, cari bibik and buat amal ibadat supaya senang nak bersalin nanti…itu lah initial plan nye.
On 25th Mar morning, we arrived Bandung. Apa lagi, shopping lah… HEAVEN. 2nd day, jln2 ke Tangkuban Perahu, then sambung shopping. 2 hari jln non stop mmg penat tp best. Abg Lan, Along, Mak smua worry tgk aku jln mcm org tak pregnant, diorg byk kali sound aku suruh jln slowly…ye lah, aku pun perasaan, kalau in a group, aku yg akan jln dpn skali sbb yg lain smua jln slow…bukan sbb aku jln laju tp sbb aku kalau dpt shopping mmg lupa diri.
Mlm, aku dah nak tido, pegi toilet tgk bleeding…OMG!!! Panik mcm nak mati… ye lah, the scariest thing happened to me, itulah perkara yg aku keep praying semoga Allah jauhkan esp bila aku kat Bandung… aku bgtau hubby while crying… masa tu mcm2 perasaan ada, rasa bersalah kat baby yg paling kuat. God is great (always), Hubby’s cousin who is also joining the trip ada few Malaysian friends in Bandung yg dah jadi doctor. They all yg bawa kita ke hospital. Buat detail check up…dr 12am till 5am baru semua settle. Through the ultrasound, doctor found out that lil portion of my placenta dah turun ke birth canal, due to ‘kecapekan’ hehehe penat lah tu….hmmm so nothing else to do but for me to bed rest. So I wasted 2 days of my shopping trip…org2 lain seronok lah sambung shopping. Sampai KL on 28th , aku ajak hubby pegi jumpa my gynea… as expected, same thing, kena warded…2 days then I was discharged but still doctor asked me to bed rest for a week. So here I am at my parents’. My darling hubby yg suggested me to rest here… kalau kat Bangi or kat KJ confirm langkah aku panjang, kwn2 pun dekat…office pun dekat. Kat sini mmg betul2 rest… mcm puteri raja…sampai dah naik bosan. Aku nak tolong sidai kain pun tak boleh…nak bagi ikan dlm pond mama tu mkn jgn harap lah…paling best pun aku dpt menyakat anak2 buah aku. Nasib baik ada PC abah ni…layan lah jugak memblog ni.
Anyway, aku sgt berterima kasih dgn pengajaran yg Allah bg pd aku. At last aku accept yg aku ni degil and aku tak boleh degil lagi. Aku kena belajar ikut cakap org lain. Tak dpt gambarkan betapa takutnya aku bila bayangkan anything can happen to my baby. I was crying my heart out … sbb aku rasa sgt bersalah pd my baby. I hv started to accept that I am not living this life for myself alone now… I hv to be responsible to every action I take coz it affects the life of my loved ones. So kwn2 yg degil jugak mcm saya ni… cuba dengar bila org lain nasihat…org nasihat sebab org care pasal kita, bukan suka2 nak membebel ok…:D

Thursday, March 5, 2009

6 month???

Betul... dah 6 bulan....
semalam we went for check up at PUSRAWI, our first visit there. Its not fair to compare the service level we had in Gleneagles with PUSRAWI as both are not in a same league, but anyway, I guess I like Dr Salleh as much as Dato' Dr Aziz... wpun Dr Salleh tak dpt Dato' lagi, he makes me forget all my grievances on the customer service earlier on while waiting for my turn to see him.

So this is how our baby looks like at 6mths old in my womb. She was as usual... soooo very active....tak duduk diam. Now, bila dia dah makin besar, of coz my belly expands, then nak tidur mlm pun agak susah nak cari the best position... always sakit belakang... conclusion nya, tidur mlm slalu tak lena...and that makes me so tired and sleepy as early as 9:30pm.

But my appetite is at peak. Eating whatever I want... since last check up I gained 2 kilos...hehehhe...betul lah mama cakap, 'nanti tunggu lah 6th or 7th month...kemaruk nak mkn!' dia komen masa aku complaint tak selera nak makan masa early pregnancy.

My baby besar plak dah tak berselera nak mkn mcm dulu2... bagus lah tu, kalau tak risau jugak tgk perut dia sama2 naik dgn perut aku...:) Now kitorg dah start survey brg2 baby...and definitely will start buying by end of this month.. ;) Bonus pun baru dapat...hehehe...(saaayaanggg Celcom...)

8th March, my younger sis nak bertunang. So tomorrow I'll be heading south... tak sabar... nak balik berkumpul dgn family... seronok. Macam hari raya plak rasanya...
To my sis Nur, I hope this will be the beginning of your never ending happiness...AMIN.

Thursday, January 29, 2009

Going to be 19th...

19th week sebenarnye...my pregnancy.... :D lama sgt tak ber blog...till Den, my dearest friend drop me a message thru my FB. Rindu sgt kat dia...we were colleagues kat TechExpert... although only just for few months, we created a strong special bonding between us. She's now somewhere in Europe enjoying life... happy for her.

My last post done when I was in my 8th week. Masa tu ok lagi...cuma takde appetite and penat masa malam2 je, tido awal coz siang energetic semacam. Masuk 10th week, aku start coughing with bad flame. It continues till 12th week. My cough buat aku muntah... and the morning sickness strikes. Very bad. My 12th and 13th weeks were the worst. Batuk tak elok2, doctor prescribe aku wth ubat batuk, but the ubat makes me migraine. Tak bangun2 dari katil, then my hubby bawa pegi jumpa my gynea back... doctor bg different medicine. I feel bad sbb kena amik mcm2 ubat, kesian baby but I had too... lepas tu my cough beransur ok and slowly recovered in 2 weeks time. Besides the ubat, what helps me to recover fast is my inner strenght :). I remember pesan Uncle (my hubby's uncle yg alim...), dia suruh amalkan sepotong ayat utk gain my appetite back, he said masa pregnant ni, syaitan2 suka lemahkan semangat kita, supaya kita tak beramal, so we need to be strong. Disbbkan dah tak larat dgn keadaan yg takde appetite dan takde tenaga, then coughing lagi, berdiri lama2 terus pitam... aku kuatkan semangat dan yakin I have to be strong. Paksa makan, dan paksa utk buat amal...mengaji and stuffs, supaya syaitan2 ni lari dr aku and cari org lain plak nak kacau...hehhehe...Alhamdulillah, in my 16th week, aku start fresh. Seronok sgt, the appetite dah back to normal...bila dah boleh makan, aku dah ada tenaga nak buat aktiviti2 lain. If not, nak keluar rumah pun aku tak nak...kesian my darling hubby, selalu kena shopping groceries sorang2, pegi driving range sorang2... but now everything has back to normal...I even can cook for my hubby during weekend. I really enjoy this pregnancy.
Since pregnant, till now I only gained about 1 kilo... maybe sbb the 1st trimester aku takde appetite. I am sure lepas ni berkilo2 lah naik nye berat ni. My belly is showing now...tp sometimes mcm org buncit pun ada jugak hehehe. tak lah besar sgt lagi. Since last week I can feel my baby's movement. Masa 1st time dia moved i tot angin dlm perut, tp when the whole day the same thing repeating, I knew it already tats my baby 1st move. God is the greatest!
Asyik cerita pasal progress ibu and baby je...hmmm abah pun ada progress juga...selain setia menjaga ibu mengandung ni, he gained 5 kilos since I pregnant. Bole? Not sure how true it is, tp ada ramai friends cerita when they pregnant, the husbands pun get the symptoms...mcm Yati, bila dia pregnant, Mud will start pening2. But my darling rasanya beruntung sikit lah...he got my appetite. Kelakar juga tengok bila dia kejap2 lapar... betul2 mcm org pregnant. And lagi kelakar bila kitorg sama2 ukur diameter perut..hahahahaha! I guess he's now 5 months pregnant!!!
Next I'll post the latest photo of my baby. He was 16th week at that time we had the ultrasound...he was dancing like no body business. Maybe sbb pagi tu I talked to him, bgtau pagi tu ibu and abah nak pegi check up, nak tgk dia, so aku pesan supaya dia jgn tido or senyap je. Tak sangka lah pulak dia nak breakdance...tak berhenti2...pusing atas bawah...goyang2 kaki yg dia baru dapat...I hv a feeling tat my baby will ikut perangai abah dia lah...sgt active and tak reti duduk diam....hehehe...
Cukup lah ni...will write more...