Thursday, June 24, 2010

*June 20, 2010* Selamat Hari Jadi yg pertama, anak ibu...Adreen Humairah.

Anak ibu Humairah...cepatnya setahun berlalu.
Rasa mcm baru semalam ibu menahan sakit contraction masa Humairah nak lahir.
Skrg Humairah dah one year, Humairah dah boleh jalan setapak dua, kadang2 sampai lima tapak.
Ibu sangat bangga dgn anak ibu... Humairah tak pernah penat nak berlatih jalan. Kadang2 sampai bibik dah tak larat nak pimpin Humairah, Humairah masih nak berjalan keliling rumah. Harapnya sikap Humairah yg sentiasa bersungguh2 tu Humairah guna pada perkara2 yg baik ye sayang. Ibu selalu doakan yg itu, sebab ibu tahu, itu adalah pengaruh nama "Adreen" yg maksudnya "bersungguh2"...dan ibu yg beria2 nak nama itu utk anak ibu.
Humairah sayang, tak tahu mcm mana ibu nak expresskan betapa ibu kasih dan sayang pada Humairah. Ibu rasa sangat bersalah setiap kali ibu terpaksa tinggalkan Humairah. Ibu ralat bila ibu tak mampu nak berada sepenuh masa disisi Humairah, utk lihat setiap detik Humairah membesar. Ibu sedih sbb ibu tk dapat masak bubur Humairah setiap hari, suapkan Humairah makan, mandikan Humairah... haiisshhhh...kalau lah ibu mampu utk jadi fulltime housewife...
Hanya Allah je tahu mcm mana hati ibu everytime ibu lihat kadang2 Humairah nangis pagi2 bila ibu nak pegi kerja. Sama je perasaannya dihati ibu kalaupun Humairah tak nangis...berat hati ibu nak tinggalkan anak ibu.
Humairah, ibu tak mampu menentukan masa depan Humairah. Semua ibu mahu yg terbaik utk anak mereka... mcm tu juga ibu. Apa yg ibu boleh buat ialah utk bimbing Humairah, guide Humairah utk mencapai masa depan yg baik.
Humairah perlu ingat, tiada apa yg lebih penting dlm hidup ini selain kasih sayang dan berbuat baik kpd Allah, ibu, abah, adik beradik, seluruh kluarga dan semua makluk Allah. Humairah perlu ingat tu. Jika Humairah amalkan itu, insyaAllah, segala2nya datang dgn mudah pada Humairah. Amin.
Jaga hati Humairah baik2, sbb hati adalah punca diri kita, peribadi, jiwa, akhlak dan masa depan kita. Jadi seorang penyabar seperti babah. Bila bercakap, perlahankan suara dan sampaikan setiap ayat Humairah dgn ikhlas dan lembut.
Humairah anak ibu, ibu akan sentiasa ada untuk Humairah. Ibu nak share segala2nya dgn Humairah. Ibu bahagia melihat wajah comel Humairah masa Humairah lahir; hilang terus segala kesakitan... ibu peluk Humairah kuat2 semasa Humairah nangis takutkan clown semasa birthday party Humairah yg pertama...dan ibu ingin terus bersama Humairah di hari2 penting Humairah.
Jika tiba masa ibu dah tak berdaya, atau ibu tiada lagi utk bersama2 Humairah disaat hari penting Humairah, Humairah jgn sedih. Hakikatnya ibu sentiasa ada dengan Humairah. Harapan ibu, kasih sayang ibu dah ada dlm diri Humairah sebab ibu yg lahirkan dan ibu dah pun bentuk Humairah dgn cara ibu (I hope I will...amin)... selain itu, dlm nama Humairah ada nama ibu...dlm mata Humairah ada mata ibu...darah Humairah adalah darah ibu...Humairah adalah kasih sayang ibu.
Ibu sayangkan Humairah, I love u so much.
Happy 1st Birthday....anak ibu!






3 comments:

nadeeraabdulrazak said...

maklang.... so sweet! bergenang air mata bace post ni.. for sure bila humairah dah besar nanti, bile humairah bace, confirm die terharu..

semoga humairah menjadi anak yang solehah... ;)

r.e.e.n said...

amin...harap besar nanti dia akan jadi mcm kak ya dia...:)

nadeeraabdulrazak said...

hehe.. kak ya die tade pape pon.. humairah mesti ikut macam ibu die punye.. strong! heehee =)